Iklan ini hebat!!!

Saturday, October 8, 2011

Pandangan Islam tentang Wanita bekerjaya

Assalamuaalaikum...

Selamat pagi Sabtu!!..yeayyy hari ni cuti² Malaysia....hehehehe...sungguh la boleh bermalas-malasan di hari sabtu dengan hati girang..kekekekeke...hari ni rasa nak share sumthing "valuable" dengan wanita-wanita Islam zaman sekarang..saya ada terbaca satu info mengenai pandangan Islam mengenai isu Wanita yang bekerjaya...lebih tertumpu kepada wanita² yang sudah bekeluarga..

Allah berfirman dan bermaksud :

" Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan Allah yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu di atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurnia-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu."(Surah An-Nisa:32)

Zaman sekarang ni perempuan semuanya dah bekerjaya..siap ade yang jawatan and pangkat lagi  tinggi pulak tu dari lelaki...betul tak???hehe..kerja tak kira masa...balik malam...out-station..pergaulan sosial..macam-macam lagi kena buat demi tuntutan kerja tu senirik...persoalannya..Adekah Islam membenarkan mereka di tengah² masyarakat??aku bukan nak mandai-mandai bab ni..cuma rasa nak share and harap kite semua faham lah kan...hehehehe..

  • WAJIB - Jika mereka tidak bekerja akan boleh menyebabkan seluruh ahli keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan. Mungkin kondisi suami yang sedang sakit atau tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.
  • HARUS - Jika mendapat izin dan redha dari suami untuk membantu menampung kehidupan keluarga. Wanita tersebut juga perlu menjaga aurat, membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan , juga menghindari dari perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
  • HARAM - Jika tidak mendapat izin dah redha dari suami. Apatahlagi jika membuka aurat semasa bekerja dan tidak membatasi pergaulan sesama lelaki dan perempuan.
Haaa..dari apa yang aku faham la kan...semuanya kena mendapat izin dan redha dari suami..and lagi pulak kalau dengan niat nak bantu keluarga @ suami tu sendirikan..nak² pulak kalau suami tengah sakit ke apa ke kan..kena la berkorban jiwa raga memerah keringat membanting tulang..huhuhu...plus..kite kena la jaga adab-adab sebagai wanita solehah gitu..tak boleh sewenang-wenang nak buka aurat time kerja..and paling penting membataskan pergaulan dengan office² mate lelaki...laa..sekarangkan banyak je isu-isu bini orang yang bekerja curang dengan boss..hahaahaha..huh!!!sungguh tak bermoral perlakuan itu...

So,as the conclusion.. jika terdapat faktor² seperti ingin ingin membantu suami yang cacat @ sakit,membantu suami tampung perbelanjaan keluarga dan jika khidmat wanita itu diperlukan dalam masyarakat, maka dibolehkan la wanita tu bekerja dengan syarat.................
  • Mendapat izin & redha dari suami,menjaga aurat sebagai muslimah.
  • Pekerjaan dilakukan tak melanggat norma dan kudrat seorang wanita
  • Membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Tidak berdua-duaan dengan perkerja lelaki dalam satu ruang kerja
  • Menjaga kewajiban sebagai isteri dan ibu..
  • Menjaga kewajiban sebagai hamba Allah
  • Bekerja dengan pekerjaan yang halal
so...i was thinking to resign from my current job after get married and just follow my husband where ever he goes...hahahahaha...

Ok..abaikan angan² free aku tu...hokhokhokhok

KAMI --tetibe--
Aku di masa akan datang..wakakakkka

Sekian,Bubbye......

No comments:

Post a Comment

Komen membina