Iklan ini hebat!!!

Tuesday, October 25, 2011

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat..

Assalamualaikum...

Malam ni terasa jari jemari gemuk ni rajin nak update entry pulak...lately aku jadi rajin pulak la membaca buku...satu kejutan luar biasa betul kan....yela..menjak-menjak jadi tunangan tokey buku nih..selalu la dapat skim pinjaman buku tanpe sempadan masa..huahuahua....so ape-ape point yang best dan berguna tu rasa macam terpanggil nak share....ade peluang macam ni kenapa nak sia-sia kan..at least dapat jugak tambah-tambah ilmu pengetahuan  kan...aku jugak rase macam tak nak lokek ilmu and serba sedikit info yang aku dapat hasil dari pembacaan aku...walopon aku bukan la pembaca buku yang tegar..sekurang-kurangnye aku bace gak..hehehehe.....so...untuk malam ni...aku nak share info sikit fasal AURAT..sikit je...tak banyak.....

  1. Kesalahan pertama- AURAT itu adalah memakai tudung sahaja
  2. Kesalahan kedua - Bertudung tapi berkemeja T lengan pendek
  3. Kesalahan ketiga - Bertudung tetapi baju kurung / kebarungnya terbelah kainnya
  4. Kesalahan keempat - Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah menggoda..
  5. Kesalahan kelima- Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya
  6. Kesalahan keenam - Bertudung tapi hanya ke pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasar raya dan sebagainya.
  7. Kesalahan ketujuh - Bertudung tetapi tudung diselempang ke belakang leher maka terdedahlah bahagian dada dari tertutup..
  8. Kesalahan kelapan - Bertudung tapi tudung nya sangat nipis, sehingga boleh dilihat sanggulnya.leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja...

"..Hendaklah mereka itu melabuhkan tudungnya sehingga ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir....."..(An-Nur:31)

Sebenarnya tak susah sangat pon nak faham konsep pakai tudung yang proper dan cara tutup aurat ni..as long as kita betul-betul ikut hukum syara' yang ditetapkan....dulu-dulu aku pon kurang kesedaran bab ni..tapi lama-lama terfikir...sampai bila kan...nak tayang kat sapa pon...aku pakai tudung..tapi tak sempurna..tak ikut ape yang dah di tetapkan....so,kesedaran lama-lama datang sendiri....insyaAllah...kalau kite banyak baca buku-buku agama ni.lama-lame akan timbul sendiri kesedaran tu..

Setiap  entry aku adelah serba sedikit info yang aku rasa perlu untuk di share dengan kawan-kawan...walaupun aku pon belum perfect lagi..tapi aku sekadar nak berpesan dan saling mengingati sesama kawan-kawan..tak lebih dari tu....sesungguhnya..yang baik itu datang nya dari Allah dan yang buruk itu datangnye dari aku sendiri...

~~SHARING IS CARING~~
ni contoh menutup aurat yang proper..

Sekian..bubbye...

Ihsan info : Untukkmu Wanita
Semenanjung : RM 21.00
Sabah / Sarawak : RM 23.00

Hanya KAU yang Tahu..

Assalamualaikum....






Kenapa......??




Kenapa.....??






Kenapa....??









Kenapa...????


































Kenapa .......????






Sampai sekarang tertanya-tanya......






Semoga dipermudahkan semuanya........




......................












...........................








Ya Allah Ya Tuhan ku....

Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui...


Sekian...Wassalam...

Monday, October 24, 2011

Amy..Jangan Jadi Manusia Sombong...

Assalamualaikum....

Pelajaran hari ini....:-)



Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan. " (HR. Muslim)

dan ini


Allah s.w.t berfirman, artinya:

”Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. " (QS. 31:18)


Untuk renungan kita bersama...kadang-kadang tak perasan diri ni terlalu jahil....rasa macam dah cukup and perfect je sampai tak mau dengar nasihat dan pendapat orang lain..kena selalu muhasabah diri....tak nak jadi manusia sombong..tak kira la dengan Allah SWT maupon manusia..aku insan yang hina dan lemah di mataNya....matlamat aku hanya 1....mengejar SYURGA yang telah dijanjikanNYA...Amin...

Sekian,Bubbye...
Wassalam....:-)


Friday, October 21, 2011

Personaliti Manusia.....

Assalamualaikum...


Jom tengok personaliti kita yang mana satu....



Haaaa..beruntunglah kita jika kita dan pasangan kite salah satu dari jenis personaliti ini..kalau kamu A...pasangan kamu kena lah B..bak kate orang² tua...berpasangan ini biarlah saling lengkap melengkapi...eceeewahhhh....(org tua mana ntah yg cakap)...kalau kamu jenis suka marah,panas baran...pasangan kenalah yang jenis byk bersabar and cool gitu...barulah masuk..ce kalau 2-2 jenis panas baran..mau huru hara rumahtangga..and cuba kalau 2-2 jenis pasif...tak thrill pulak life ye..tapi yang penting kena banyak tolak ansur dan saling memahami la ye dak....hokhokhok..aku ni bercakap macam banyak sangat je dah pengalaman..hehehehe..

Ohh ye...setelah dinilai...aku dengan ini mengisytiharkan aku adalah dari golongan manusia jenis A...hahahaahah..and si dia pulak adelah dari golongan B kerana beliau tak pernah menengking,marah and selalu sabar dengan perangai panas baran aku ni...hahahaha....(lepas kawen tak tau lah mcm mana)

Itu saja untuk hari ini..


Sekian,bubbye....

Thursday, October 20, 2011

Kadang-kadang...



Assalamualaikum...

Kadang-kadang selalu terfikir...kalau la hidup ni tak perlu partner bagus jugak..tak de pening-pening nak fikir kena jaga hati orang and fikir orang kena jaga hati kita...cukuplah dengan family je...sekurang-kurangnya dengan family..takkan ada pemisah..takkan ade pemutus walau macam mana keadaan sekali pon...dengan kawan?boyfriend?tunang?suami?...semua tu yang pasti ada pemutusnya...

Kadang-kadang jugak selalu fikir...cukuplah hidup dengan keluarga sendiri dan kawan-kawan yang memahami je....kalau mak marah,abah marah..yang pastinya semua untuk kebaikan...

Susah nak percaya manusia ni.....percaya pada darah daging sendiri je....apelah aku merepek hari ni....sekadar nak luah perasaan yang macam tak ada siapa-siapa nak faham...

Minta pada Allah SWT tenang kan hati,tabahkan hati..semoga apa yang aku buat dan ape yang aku kejar dlam hidup aku di rahmati dan diberkati....Amin

Sekian, Bubbye...

* tak larat nak menangis sebab kecik hati terkilan melampau dari org yang paling kite sayang*


Tuesday, October 18, 2011

7 Hari Mencintai ku....


Assalamualaikum....

Jom beli buku ni kat  AMQ Bookstore and Event





Tajuk : 7 Hari Mencintai Ku...

Semenanjung : RM 32.90
Sabah / Sarawak : RM 35.90

Sinopsis :

"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan ? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri ! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya ! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawa cermin ke suluh muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati ! So ... apa kata kau berambus sekarang ! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau ! "

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

Berbagai kata nista dan makian yang di lemparkan pada lelaki ini. Bungkam Khuzairi mendengarnya, namun demi satu amanah Khuzairi terpaksa menelannya, demi satu amanah Khuzairi hanya mampu bersabar.

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma
nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

RINDU : Ini baru betul Rindu...

Assalamualaikum..


Entry ini untuk meluahkan perasaan rindu saya kepada anak kecil ini...



Rindu~~~tapi nanti balik kampung bukan nak gomol sangat pon..kekeke..bile jauh macam ni rinduuu sangat kat anak buah den ni....^^

Novel JS : Baju Melayu Hijau Serindit

Assalamualaikum...

Jom tengok sinopsis novel JS ni pulak..


Tajuk : Baju Melayu Hijau Serindit

Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)RM22.00 (Sabah/Sarawak)


Sinopsis :


Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.~ I ~Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”~ II ~Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”“You dapat jadi boyfriend I.”Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.

GULAI PISANG IKAN MASIN

Assalamualaikum.....

Promote novel JS hari ni...Dapatkan di AMQ Bookstore and Events




Tajuk : Gulai Pisang Ikan Masin
Penulis: Szalies
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)
             RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis :“Memang dasar lembiklah kau ni! Macam pondan... itu pun dah nak nangis, cubalah tahan sikit!”“Mana ada budak jantan yang nak kawan dengan dia. Itu fasallah dia pun lembik macam perempuan!” kata Leman Kemek sambil ketawa.Kenangan II“Oiii… lembam, kau cari apa tu?” tanya Atan Gemuk sambil mengunyah tebu.“Amboi, ko tengok tu! Bukan main sombong lagi labi-labi sekor ni. Aku tanya pun tak nak jawab!” Leman Kemek menongkat basikalnya.“Ipin!” Mereka menjerit nama Ipin serentak.“Adoiii!!!” jerit Ipin kuat; sambil menyapu mukanya yang berlumur 'krim' betik.Ipin atau Ariffin, sentiasa dibuli oleh Leman Kemek, Jemair, Pejai dan Atan Gemuk. Salmah, Hanim dan Latifahlah menjadi heroin yang selalu menyelamatkannya. Hidup dia sentiasa diuji. Dia kehilangan emaknya ketika berusia 12 tahun. Dia terpaksa berhenti sekolah kerana menjaga ayahnya yang dikatakan gila. Bagaimana Ipin dapat menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan ujian ini sehingga dewasa?Oh ya, macam mana pula akhir kisah cintanya dengan heroin Kampung Sempadan Hulu, Cik Tipah Loyar tu? Amboi, tak padan dengan lurus bendul, ada hati dengan anak ketua kampung!

Monday, October 17, 2011

Event History : AMQ Bookstore and Events

Assalamualaikum...

Hari ni nak share entry dengan semua kawan² pasal my fiancee punya event history..aku dengan bangga nye menjadi model sementara untuk AMQ Enterprise..wakakakakaka...kitorang sekarang menjalankan bisnes menjual buku untuk IPTA,IPTS dan juga sekolah-sekolah..selagi ada event macam PC Fair ke,konvokesyen ke..insyaAllah kitorang akan join...kitorang jugak membekalkan buku-buku ilmiah,islamic.motivasi,novel-novel terkini dari penerbit-penerbit buku seperti PTS,Al-Hidayah, Fajar Pakeer, Jemari Seni Publishing's dan macam² lagi...








hehehehe..comel kan model AMQ Enterprise ni..wakakakaka..boleh la pasni kalau ade agensi modelling muslimah teringin nak amek aku jadi model boleh jer..hahahhaa..(berangan....)

Oklah...sampai sini dulu....:-)
Sekian bubbye..........

Saturday, October 15, 2011

Kamu peminat Novel novel Hlovate??

Assalamualaikum..

Entry ringkas malam ni...pengumuman untuk peminat novel Hlovate terutamanya..boleh dapatkan novel-novel best dari Hlovate...kalau berminat boleh order dari saya..OK..kat bawah beberapa novel beliau yang ngetop ang memang tak rugi kalau baca..tapi sebelom baca kena la beli dulu dari aku...hahaha








Untuk mendapatkan novel  ngetop ini boleh tinggalkan komen atau paling mudah kamu semua boleh tengok fan page AMQ Bookstore and Events.....untuk harga pon boleh tanye direct melalui komen atau refer je kat fan page AMQ Enterprise tu okehhh...ohh  yeee...jangan lupe..sesapa yang follow blog ni dapat diskaun dari aku yer...


Selamat Malam...sekian,Bubbyee.....

Friday, October 14, 2011

LIKE page ini AMQ Bookstore and Events

Assalamualaikum...

Minta support dari kawan-kawan untuk LIKE page ini...thanx...




Thank you for your support!!!!

Sekian,Bubbye...:-)

Tuesday, October 11, 2011

Karipap-karipap Cinta

Assalamualaikum.....

Malam ni before beradu bagaikan puteri aku nak baca dulu novel Karipap-karipap cinta....dah start bace mase hari Sabtu lepas..sampai hari ini aku dah berjaya baca baru masuk bab 3...tu pon rase nye baru muke surat belas-belas....aku memang seorang yang suke sangat mebaca novel..pernah dulu masa kat kolej siap bet baca novel ngan sorang lagi member yang sepesen perangai ngan aku..jenuh jugak la kitorang nak habiskan satu buku...dekat seminggu jugakla..itu kire record terbaik aku la baca novel paling cepat habis seminggu..

So,untuk kali ni aku try habiskan baca novel Karipap-karipap Cinta..best jugak novel ni..tak bosan....kelakar..cara penulisan pon best...filem die best ke??ade lagi ke panggung?itu cume alasan aku je takmo abiskan baca novel...hehehe


VS

Semenanjung : RM 14.00
Sababh/Sarawak : RM 16.00
(sgt enjoy baca novel ni)

Okay..nak sambung baca novel lagi dua muka surat...pastu nak tido.....

Sekian,Bubbye...

Aku suka ketawa...

Assalamualaikum....

Aku memang suka ketawa...tapi bukan ketawa mengilai-ngilai seperti kuntilanak dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam..hehehehe...banyak mende yang selalu buat aku suke dan ketawa...bile nengok muke tunang senirik pon aku suke gelak..tak tau ngape..maybe sebab muke die macam pelawak antarebangse kot...tak caye??tengok ni..






Ok..kalo rase tak lawak..sila abaikan..huhu...aku je yang suka and ketawa bile tengok muke die macam ni..hahahaha...die memang suke sangat buat muke huduh gitu..hokhokhok...aku takdela jahat sangat cilok semua gambar ni dari private folder dia..gambar² ni semua ada dalam FB beliau..wakakakaka...oklah..sambung balik...aku memang suka ketawa lagi bile ehh??time chatting...time skyping dengan member²,baca blog orang laen pon boleh jadi jugak..macam² lagi la point yang boleh buat aku ketawa..kadang² tak lawak pon aku boleh tergelak..mengapakah??maybe aku ade sindrom kuat ketawa sejak lahiriah kot...hehehe..

Tapi korang jangan tak tau pulak...pernah dengar quote ni tak ??

"laughter is the best medicine"

FAKTA MENARIK TENTANG KETAWA & SENYUM

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
 

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.


Info : http://www.sabahforum.com/forum/health-fitness/topic21319.html


Hehehe..bagus jugak kan ketawa tu...tapi jangan lah pulak ketawa berlebih-lebihan....kang bile kene cop kuntilanak marah pulak..cover sikit..nak² anak² dara kan...huhuhu....sekali mak mentua tengok kau mengilai..terus reject..~~fuhhh nasib baik aku pandai berlakon..wakakakaka


Ohh ye aku gak suka tegelak bile tengok blog SAHARIL.COM..bolehla merelease tension kalau tension²..errkkk..nah baca lawak bodoh ni...


Sile gelak kalau bace..kalau tak gelak ko ade masalah~~
Click gambar utk kepuasan hati sendiri
Sekian.bubbye...

Saturday, October 8, 2011

Pandangan Islam tentang Wanita bekerjaya

Assalamuaalaikum...

Selamat pagi Sabtu!!..yeayyy hari ni cuti² Malaysia....hehehehe...sungguh la boleh bermalas-malasan di hari sabtu dengan hati girang..kekekekeke...hari ni rasa nak share sumthing "valuable" dengan wanita-wanita Islam zaman sekarang..saya ada terbaca satu info mengenai pandangan Islam mengenai isu Wanita yang bekerjaya...lebih tertumpu kepada wanita² yang sudah bekeluarga..

Allah berfirman dan bermaksud :

" Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan Allah yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian daripada kamu di atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi orang perempuan (pula) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mohon kepada Allah sebahagian daripada kurnia-Nya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu."(Surah An-Nisa:32)

Zaman sekarang ni perempuan semuanya dah bekerjaya..siap ade yang jawatan and pangkat lagi  tinggi pulak tu dari lelaki...betul tak???hehe..kerja tak kira masa...balik malam...out-station..pergaulan sosial..macam-macam lagi kena buat demi tuntutan kerja tu senirik...persoalannya..Adekah Islam membenarkan mereka di tengah² masyarakat??aku bukan nak mandai-mandai bab ni..cuma rasa nak share and harap kite semua faham lah kan...hehehehe..

  • WAJIB - Jika mereka tidak bekerja akan boleh menyebabkan seluruh ahli keluarga tidak dapat meneruskan kehidupan. Mungkin kondisi suami yang sedang sakit atau tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan keluarga.
  • HARUS - Jika mendapat izin dan redha dari suami untuk membantu menampung kehidupan keluarga. Wanita tersebut juga perlu menjaga aurat, membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan , juga menghindari dari perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
  • HARAM - Jika tidak mendapat izin dah redha dari suami. Apatahlagi jika membuka aurat semasa bekerja dan tidak membatasi pergaulan sesama lelaki dan perempuan.
Haaa..dari apa yang aku faham la kan...semuanya kena mendapat izin dan redha dari suami..and lagi pulak kalau dengan niat nak bantu keluarga @ suami tu sendirikan..nak² pulak kalau suami tengah sakit ke apa ke kan..kena la berkorban jiwa raga memerah keringat membanting tulang..huhuhu...plus..kite kena la jaga adab-adab sebagai wanita solehah gitu..tak boleh sewenang-wenang nak buka aurat time kerja..and paling penting membataskan pergaulan dengan office² mate lelaki...laa..sekarangkan banyak je isu-isu bini orang yang bekerja curang dengan boss..hahaahaha..huh!!!sungguh tak bermoral perlakuan itu...

So,as the conclusion.. jika terdapat faktor² seperti ingin ingin membantu suami yang cacat @ sakit,membantu suami tampung perbelanjaan keluarga dan jika khidmat wanita itu diperlukan dalam masyarakat, maka dibolehkan la wanita tu bekerja dengan syarat.................
  • Mendapat izin & redha dari suami,menjaga aurat sebagai muslimah.
  • Pekerjaan dilakukan tak melanggat norma dan kudrat seorang wanita
  • Membatasi pergaulan antara lelaki dan perempuan
  • Tidak berdua-duaan dengan perkerja lelaki dalam satu ruang kerja
  • Menjaga kewajiban sebagai isteri dan ibu..
  • Menjaga kewajiban sebagai hamba Allah
  • Bekerja dengan pekerjaan yang halal
so...i was thinking to resign from my current job after get married and just follow my husband where ever he goes...hahahahaha...

Ok..abaikan angan² free aku tu...hokhokhokhok

KAMI --tetibe--
Aku di masa akan datang..wakakakkka

Sekian,Bubbye......