Iklan ini hebat!!!

Monday, September 26, 2011

Gelak-gelak pagi Isnin dengan FAKTA sohih

Assalamualaikum...

Hari ni hari Isnin...pagi-pagi lagi bukak mailbox baca email officemate..then ketawa sorang-sorang cam jibaok..lawak bengong tak berinformasi ni maybe korang dah penah baca..tapi aku saje je nak share jugak...hehehehe..nak tau nape aku gelak..jom gelak sesama..


FAKTA 

1. Tahukah anda apabila 350ml air
yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam
cerek yang mengandungi 150ml air
suling dan dibiarkan terdedah kepada
nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair
yang dinamakan air masak. 

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa
Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

5. Tahukah Anda bendera negara
Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan
bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera. 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana
namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-
butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang
yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet. 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari
yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi
atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi. 

8. Tahukan anda bahawa seorang
manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku. 

9. Tahukah Anda burung dapat
pulang ke sarangnya walaupun telah
keluar kadangkala hingga beribu
kilometer daripada sarangnya tanpa
sesat atau silap walaupun tanpa
bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya
yang tersendiri sebenarnya. 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar. 

11. Tahukah Anda gunung berapi
yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya selama tiga bulan. 

12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta dunia ialah
Orang Utan. 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh
dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita
akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita
bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita. 

14. Dan tahukah anda bahawa hampir
kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga
menggunakan siku. hehehehehhehehehehe
eh....... ....Sentuh la telinga kurang
ngan siku sampai ia kena.......Tak
normal la korang maknanya..


hahaha..lawak kan???tak lawak pon gelak jerla..huheeee


Sekian,Bubbye.............

Friday, September 23, 2011

Sambal Belimbing Hitam feveret ku.......................

Assalamualaikummmmm


Pagi ini hati agak gumbira sebab...Ade orang kirim Sambal Belimbing Hitam feveret aku...hahahaha...Senang betul la nak happy kan aku ni...Bagi jela ape-ape mende yang memang aku suke,kompem aku gumbira...

Sambal belimbing hitam ni memang dah jadik feveret aku sejak beberapa bulan yang lepas...
Mase tu aku ade kat kampung atok tunang aku sempena majlis bertunang adik ipar aku...
Malam tu adik ipar aku @ kak lang name manjenye masak pulak sambal belimbing ni..
Then mase aku 1st time tengok rupe paras sambal ni takde la rase tergoda sangat...
Sekali aku rase,,,,makkk aiiihhhh.....menjilat jari kauuu...
Maybe sebab aku 1st time makan kan so aku rase aku paling macam batak makan sambal tu...
Then esok pagi nye...Wan masak pulak jemput kosong..dan dalam hati aku terpikir..

"sedap gak kalo dapat makan cicah sambal belimbing"

Lalu dengan pantasnye aku gi selongkar dalam fridge...kehkehkehkeh...
And for sure aku habiskan sambal yang memang tinggal sikit tu...tanpe memikirkan kesannye....
Rupe-rupenya baru aku tahu,sambal belimbing tu Atok punye...huuuaaaaaaaaaa...
Aku dah abiskan Atok punye sambal..berani kau milah habiskan makanan Atok??!!!
Tak sengaja...sorry Atokkk.....


Tahap craving aku kepada Sambal Belimbing tu bukan calang-calang..

Sampai sanggup balik kampung gi petik belakang rumah..then mak aku pon dok gi mintak dari member dia..then siap abah aku gi beli kat pasar...
Belimbing tu aku pass pada my beloved sister in law sebab kawan dia yang akan buatkan belimbing tu...tugas aku hanye mencari belimbing aje...

Then untuk kali ni adelah yang ke-3 aku dapat makan...kalo nak tahu, 2nd time makan aritu pon aku gak habiskan sambal tu...wakakakakaakaka....

Untuk bakal adik ipar  aku yang memang geng aku kalo bergosip and nyembang ni...thank u so so much sebab tak pernah lupe kan akak mu ini setiap kali kamu masak sambal belimbing hitam ni...i really really appreciate it!!!!!

So,di bawah adelah illustrasi sambal belimbing ihsan dari Google image..
Yang real punye selalu tak dan nak amek gambornye

Ouuchhhh~~~yummylicious...
So,cara masak nye pon senang gak...tak complicated mane pon..boleh makan cicah ngan roti,ngan jemput kosong,buat lauk, ratah-ratah pon boleh juge...

Bahan-bahan (untuk masak 1 kuali sederhana besar):
  1. Belimbing Hitam (kalo nak stok gi Raub)
  2. Cili Api (ikut sukati kalo nak pedas taruk ar banyak-banyak)
  3. Bawang dalam 15-20 biji kot ( bawang kecik-kecik)
  4. Bawang putih gune la selabu (kalo nak kurang kan pon boleh )
  5. Ikan bilis nak banyak-banyak..
  6. Garam secukup perasaan....
Cara masak :
  1. Tumbuk cili api, bawang merah n bawang putih (asingkan)
  2. Tumbuk pulak ikan bilis,,kalo malas blend je tapi jangan hancusss sangat..kang tak sedap (asingkan jugak)
  3. Tumbuk plak belimbing hitam tu..
  4. Panaskan minyak,tumis bahan tumis tu,garam, dah naek bau dan garing masukkan pulak ikan bilis pastu baru gaul-gaul jap baru masukkan belimbing hitam.
  5. Siap la SAMBAL BELIMBING HITAM
Senang kan??hehehehe..Selamat Mencuba....................

Sekian ,Bubbye....

Wednesday, September 21, 2011

Cerita ini sudah basi

Assalamualaikum...

Ye seperti tajuk di atas...cerita untuk entry ini sudah basi...:-)
Tapi oleh kerana tadi aku meng"godek-godek" pulak folder pictures dalam PC ni so terjumpa pulak gambar-gambar ni...Actually gambar kitorang ni di ambil masa aku ngan kawan-kawan aku yang kerja kat Petronas (Petronas Twin Tower ok,bukan stesen minyak Petronas) pulang bercuti ke Teluk Intan...ecehhhh...padahal memang kampung halaman teman...dah member ajak aku join jela..so,tempat bertanggak kami adelah di rumah mak mertua member aku ni...Tujuan balik Teluk Intan kali ni adelaj konon-konon nak tunjuk la kat member aku sawah padi bendang semua...maklum le orang KL tak penah masuk bendang..So,enjoy je la sweet moment kitorang yang sempat di ambil gambor nyer..

Ini la geng-geng merayap ke Teluk Intan

Bajet jer ni..ngehngehngeh

Ade beberapa tempat laen lagi kitorang pegi sebenarnya..antaranya kitorang merayap ker Pasir Salak, singgah sebentar ke rumah Chegu Halim minum Teh'O dengan biskut kering (habis 1 tong mak aku hidang kat member aku,sebab lapar lahap jela sampai abis), makan Mee Rebus Mastan Ghani di pekan Teluk Intan, merayau-rayau makan angin shopping di Lumut then last sekali sinngah kat kedai bundle mana ntah..hehehe..kirenye hari-hari kami terisi gak la dengan aktiviti-aktivit berpaedah..idokla melepek je kat rumah....weeeeee~~~

sengih jangan tak sengih
meredah sawah padi


gegedikssss

yeeehhaaaaa
Tu jela gambor gedik-gedik kami..hahahaha..sebenarnya ada lagi..tapi takpela..ini jela tunjuk...kang muntah pulak tengok banyak-banyak...

Sekian,Bubbye....

Tuesday, September 20, 2011

ISTERI SOLEHAH

Assalamualaikum...(^__^)...sambil bagi senyuman paling cumellll..

Ehemmm ehemmm...entry ke-2 hari ni nak share sikit pasal ciri-ciri isteri solehah..hehehe...menjak-menjak nak kawen ni suke benor kamu baca bab-bab macam ni yer milah....

Mari enjoykan diri dengan lagu Rapuh ini...

Sebenarnya aku ade beli buku bertajuk 

ANDA BERTANYA,USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB

Dalam buku ni banyak jugak la persoalan-persoalan yang general tapi kite malu nak tanya...
Kite ni kadang-kadang toksah kan nak jawab soalan,nak bagi soalan yakni bertanya pon kite tak reti..
So,bile baca buku ni banyak jugak la kegusaran dan sedikit sebanyak terjawab la jugak 
beberapa soalan-soalan yang kadang-kadang kite rase remeh untuk di tanya...

Ok..berbalik kepada topik isteri solehah tadi yer...kadang-kadang orang ni excited nak kahwin je...tapi bukannye faham sangat pon konsep perkahwinan ...tanggungjawab suami isteri...blablabla...ko pon tak kawen lagi milah,takyah byk cakap..gi kursus kahwin pon sebab nak sijil je untuk melayakkan perkahwinan tu....datang kursus tidor...kehkehkeh...ok la..takmo usik la bab tu sebab aku pon belum lagi melangkah ke alam perkahwinan..
Just nak share sikit la dari ape yang aku baca dari buku tu...
Enjoy n selamat mengambil iktibar~~

Soalan (bukan aku tanye,copy balik soalan dr buku):

Ustaz, saya ingin menjadi isteri solehah yg dpt membahagiakan suami dan hidup di redhai Allah. Apakah cara terbaik utk menambat hati suami dan mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan di berkati?

Jawapan:

1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana die menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yg bukan mahramnya & pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki ajnabi @ bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. 

4. Isteri sedia memberi kesetiaan, ketaatan, dan kepatuhan kepada suami selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

5. Isteri sedia beri layanan dan kasih sayang yang sepenuhnye.

6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suami.Begitu juga dgn maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya.Isteri perlu minta izin suami jika ingin keluar rumah

7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dgn kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan.

8. Isteri sedia terima pemberian suami dengan ikhlas dan rela.Tidak meminta sesuatu di luar kemampuan suami.

9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat dari Allah mahupon dugaan. Sedia melaksanakan tugas sebagai isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

10. Berdiam diri dan bersabar ketika suami bercakap. 

11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu suami memerlukan.

12. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami. 

13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluan diri sendiri

14. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya,bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya

15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang. 

Perrghhhh!!!!....takdela banyak sangat pon..hehehehe..tapi tough gak lak tanggungjawab nye tu kan??are u ready Amy???wakakakakaka..untuk isteri-isteri di luar sana..sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda..???hahahahaha...gile poyossss milah ni...

Tunggu jela waktu and ketika nye.....

Sebelum terlupa...promote buku ini jugee~~

Sem Malaysia : RM 15.00
Sabah / Sarawak : RM 17.00

Sekian,Bubbye..

Makan gaji @ bisnes???

Assalamualaikum...

Baru aku perasan yang hidup aku dikelilingi dengan insan-insan yang suke berbisnes sendiri dari makan gaji...huhu..dulu aku macam tak rasa seronoknye berbisnes sendiri nie..yela..bukti depan mata dah ade kan...tengok macam bermula nya hidup abang ipar aku (pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang,UIAM) sebagai seorang businessman...macam-macam aku nampak susah senang beliau..and aku sangat respect cara dia handle life dia..

Aku selalu gak ada sesi-sesi kaunseling ngan beliau...pernah dia cakap dia takkan sesekali kerja jadi lawyer...kalau ye pon terpakse pilih kerja tu,lawyer adelah yang terakhir dia pilih...pelik gak aku..belajar bertahun-tahun kat UIA tu tapi last-last dia nak business jugak...so...masa tu aku tak nampak lagi la point yang dia cuba sampaikan..and aku tak nampak pon keseronokkannye berbisnes tu...siap pikir dalam hati susahnye la hidup nak mulakan bisnes nie..

Then sekarang, bakal husband aku dan keluarganye pon menjalankan business..business apakah??...family tunang aku sekarang buat business menjual buku...diorang menjalankan business dari even ke event di Universiti dan sekolah-sekolah...nama company beliau adelah AMQ Enterprise..insyaAllah dalam masa terdekat ni mereka akan bukak kedai buku and office untuk dijadikan tempat beroperasinya company tu nanti...actually AMQ tu aku tak sure ape maksudnye..kehkehkeh...

Banyak kali jugak aku tengok and ikut tunang aku berniaga..1st time ikut...aku mengaku selama 2 hari tu aku sangat-sangat penat...aku tak berapa mahir lagi nak layan-layan customer...memang nak berbisnes ni perasaan malu tu kena buang jauh-jauh la...kalo tak memang kedai ko bancrupt sebab customer tak nak masuk sebab kite tak reti entertain diorang...mulut kena manis..muka apetah lagi..kene senyum jer selalu tengok customer...mujur la tunang aku ni jenih mulut manih and muka pon not bad cute..kehkehkeh...so ade la attractionnye di situ...tapi kadang kalo tokey hensem sangat pon awek2 segan nak bertanya and membeli...huhu..dan honestly...banyak perkara pasal business ni aku belajara dari abg ipar aku sendiri..pendek kata dia yang banyak train aku...credit to my abg ipar sebab banyak ajar-ajar aku ilmu business nie...kekekeke

Lepas-lepas tu memang banyak kali la aku join tunang and family nye berniaga...ikut beliau loading barang..tolong kemas-kemas buku..pernah gak berjaya melaku kan buku-buku beliau..kehkehkeh....ape yang aku nampak..kerja-kerja yang tunang aku buat ni memang tak senang...hehehe..mane ade kerja senang dalam dunia ni petik jari je dapat duit..laen la ko boss MLM...kerah la tenaga orang bawahan ko buat kerja then ko goyang kaki je tapi ko yang kaya raya...ehhh...appadaaaa dok cakap pasal MLM ni..tula dok selalu sangat baca blog Aidid..hahaahhaa...tak kisah la macam-macam mana pon ko kerja...janji pendapatan ko tu HALAL dan juga dari sumber yang HALAL...

Dan InsyaAllah lepas kahwin nanti aku akan kerja la pulak dengan bakal hubby aku ni..kuikuikui...macam nak ikut jejak langkah my future MIL la ni....dari kerja makan gaji je sanggup berenti sebab nak buat business...hehehe..InsyaAllah..aku tau business family in law aku ni akan pergi jauh lagi dan akan lebih berkembang tak lama lagi....dalam hadis Nabi sendiri ada mengatakan perniagaan adalah sumber rezeki terbaik...9/10 sumber rezeki adalah dari berniaga dan selebihnya pulak dari sumber pencarian yang lain...yang penting kene usaha...

Dan sekarang baru aku nampak ape yang abang ipar aku cuba sampaikan kat aku dulu..:-)..think out of the box!!!!...dan doa aku untuk orang-orang tersayang semoga korang akan berjaya....penilaian ALLAH lagi bermakna dari penilaian mata manusia..ALLAH ada yang terbaik untuk kita...Wassalam~~

Sekian,Bubbye...

Thursday, September 15, 2011

2 jadi 1

 Assalamualaikum....

Last week family aku dari Teluk Intan mai KL untuk hantar adik aku balik ke Kolej di Kuantan...so...memang menjadi kebiasaan if deorang turun KL deorang akan singgah umah abang ipar aku yakni rumah yang aku duduk sekarang untuk bertanggak melepaskan penat lelah...yang bakal mak mertua aku pulak sehari sebelum family aku datang dah invite mak abah aku untuk datang beraya kat rumah diorang...sebab kalau ikut plan asal, family tunang aku yang akan beraya di Teluk Intan..tapi dah alang-alang mak abah aku datang KL sekali harung jer la gi sana kan....

So,pada hari Sabtu, 10 September 2011 kitorang datang la ke rumah family tunang aku untuk berhari raya bersama-sama...datang 2 buah kereta sebab Along dan Abg Marul beserta baby cumel Icha pon mai gak nak berkenalan dengan bakal Uncle baru diorang nie...ade ke"confuse"an untuk panggilan tunang aku kepada anak2 buah aku ni...untuk anak2 buah aku,diorang akan panggil aku Mekla..kalo tunang aku pulak??pekla??huhuuuu~~seriously huduh la that name..hahaha...panggil jela pakcik Qayyum sudaaaa....kehkehkeh...

Menu utama kat umah Mak mertua aku hari tu adelah Nasi Lemak...then abg ipar aku @ Abg Addy gi tambah roti canai+kuah kari kambing untuk lebih meriah..:-)...and yang paling menarik adik ipar kesayangan (bodek baik punye) @ kak lang masakkan lauk special yang memang dah jadik list my feveret food forever ever "Sambal Belimbing Hitam"..peerghhhh..memang layan kau...best giler!!!....aku pon bile dah nampak sambal tu memang tak nampak mende laen dah..aku makan 2 keping roti canai ngan sambal belimbing..then rasa lak jugak sikit nasik lemak bakal mak mertua masak...

So,sepanjang hari tu..semuanya OK-OK jela..bersembang-sembang 2 family yang bakal jadi 1 family...kat bawah adelah beberapa photo yang sempat di rakam...

3 SULUNG
bajet manje je plak si Abdul Qayyum ni...

busy semuenye

aktiviti chit chat

aktiviti diskas date kami(yg tgh tu sebuk)

2 emak 2 abah

berkumpul makan ramai-ramai

ado haaa adik ipar den yang tough ni


So,as the conclusion kedua-dua belah pihak setuju nak buat February 2012...date belum finalize lagi...akan diberitahu kelak...mengharapkan semoga semua urusan dipermudah kan..AMIN.. to mr Tunang..chaiyok chaiyok..u can do it bebeh!!!...

Sekian,Bubbye...

Wednesday, September 14, 2011

Pandai bawa diri..pandai ambil hati

Assalamualaikum...

Hollaaaaa everyone....lame benor rasenye tak update blog suram ni...huuu~~takpela suram pon suram..janji aku gembira meng"update" blog aku ni...hehehe...

Beraya di kampung pada hari raya aritu..macam-macam benda aku belajar and nampak....bukan masa raya ni jerla..actually aku and adik beradik aku kinda closed with our Emak..so emak aku ni memang seorang yang petah berbicara..hehe..senang cerita..beliau sangat suka la berceramah..tapi ape-ape yang beliau ceramahkan tu even kadang-kadang sakit telingo kami adik-beradik mendengornya tapi memang banyak yang kena kami aplikasikan dalam hidup kami and sangat berguna lah ape-ape je mak ajar tu(dah kate mak,takkan nak ajar mende tak berguna pulak ye)...hehe....and so far....baaaaaaaaaaaannyakkk sangat mak aku ni ajar aku tentang kehidupan sebagai seorang PEREMPUAN...since memang aku ade 9 beradik and perempuan pon ader 6 orang..memang aku salute ar mak aku ni..die memang seorang yang berjiwa kental dalam mendidik peribadi kami sebagai anak  perempuan yang solehah dan muslimah sejati....InsyaAllah....(nak tak nak kitorang ke arah tu jer)

Bercakap soal "pandai bawak diri"...mak aku selalu sound aku..kalau pergi rumah orang..pandai-pandai la bawak diri...jangan jadi pemalas...dah kata kat umah orang kan....tak kesah la kite gi umah mak sedara ke,umah member ke..untuk yang belum berkahwin..ade bagusnya kalau kite ni rajin tunjuk diri kat dapur..yela mane tau..kot-kot mak kawan kite berkenan nak jadikan kite menantu ke kan...huhu...tu tak kesah la..ni untuk yang dah berkahwin pulak..ape kes???balik rumah mak mertua..dok selamber-selamber jer malas-malas..time makan pandai lak kau turun nak mencekik kan...pikir-pikir la sikit...dah jadi menantu kan...kadang sedara mara especially makcik-makcik ni memandang perlakuan kite...even masa tu belum kene tegur..tapi belakang-belakang kite tak tahu...kot yang kena perli nanti..mak mertua kite gak kan...

Aku bukan bercakap kosong..aku faham sebab mak aku ader anak menantu...so mak aku tak suka sangat kalau menantu nye pemalas....kalau lepas makan tu nampak pinggan mangkuk berlonggok kat sink,ape salahnya di basuh sikit-sikit...buat kan mak abah mertua tu air untuk minum petang ke...bukan setakat anak menantu je..kalau kitorang yang anak-anak perempuan ni  pon boleh berlaku pendarahan otak kene ceramah bab-bab macam ni...kalau jadi menantu mak aku lagi la agaknye..terus tak mau balik kampung..kekeke...tapi untuk yang pandai ambil hati,confirm la mak menrtua sayang...kalau kate memang kau betoi-betoi pemaleh kan...cube la care lain..macam-macam care lagi leh amek hati mak mertua ni...jangan la time orang masak kat dapur tu kau dok terperuk lagi kat bilik..tak pukul 11a.m tak reti nak turun....dah siap breakfast/lunch pandai lak ko turun..kadang-kadang mak tu tak sampai hati pulak tak nak panggil,panggil jugak la makan sesama..tak rasa bersalah ker???tengok family mentua,ipar duai dah dok kat meja makan,kau pulak macam tak tau malu join sekaki???kalau aku..rasa nak makan bawah meja je...selalunye situasi macam ni si pelaku tak rase apa-ape,kite yang mandang ni la yang kadang rase kesian,malu untuk dia..iisshh23x...

Itulah pointnye yang aku nak sampaikan...menda-menda macam ni jangan anggap remeh....lagi-lagi kite orang perempuan....orang sentiasa memerhati tingkah laku kite...kau jadi pemalas pon tak gune...tak kesahla kan terpaksa berlakon rajin ke ape..buat jela as long as boleh menggembirekan hati mak mertua kite tu.....(bercakap bagi pihak emak aku ye)..selalu yang concern bab-bab macam ni aku and kakak aku Linda...kitorang adelah kakak ipar yang garang OKAY..so beware la sape-sape bakal jadi adik ipar kitorang ni...rase nye semua mak-mak mentua dalam dunia nie suka sangat ada menantu rajin..pandai masak..pulak tu lawa kan...lagi la bangga kot.....mak aku akan bakal ada menantu perempuan 3 orang jer...menantu lelaki ni selalu orang tak kesah sangat..selalu jadi aim,menantu perempuan...hehehe...

Entry ni bukan nak mengenakan sesiapa ke ape..anggap jela macam teguran ke nasihat ke kan...tapi kalau dah terasa nak wat macam mane..maknenye memang kau buat la menda macam tu kan..so far, aku cuba untuk aplikasi kan ape yang mak aku ajar kat aku...bab-bab agama dan hubungan dengan Allah, insyaAllah aku cuba untuk perbaiki lagi...bab-bab dengan hubungan sesama manusia ni memang kene perbaiki dari semasa ke semasa...bukan nak kata diri ini perfect..tapi semua pon cuba nak jadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling...aku takdela nak terasa sangat ngan entry aku ni sebab aku bukanlah menantu kepada sesiapa lagi...hehe..cuma aku dah ade bakal keluarga mertua..and tu la yang aku cube untuk jaga sampai bile-bile...bukan nak membodek ke ape...tapi aku yakin dengan diri aku sendiri..ape kekurangan kena belajar untuk atasi....kalau ada yang menegur,ambil je...POSITIF...takyah nak bajet diri sendiri bagus sangat tak mau terima pendapat and nasihat orang laen...ape yang penting semua ni aku tujukan khas buat adik-adik tersayang Siti Norhayati, Farah Hannani dan Yasmin...untuk adik-adik lelaki lak....pandai-pandai la korang nasehat bini korang nanti ehhh..nak kena jeling jeluat ngan mak mentua and kakak ipar buat la perangai pemalas tu...hehehehe...


Sekian,Bubbye...

Tuesday, September 6, 2011

AidilFitri 2011 yang seronok!!

Assalamualaikum..

Dah seminggu cuti raya nie bila masuk kerje je langsung takde mood nak buat kerja..dah la baru baik dari demam...huhu..lagi la kemalasan melanda bila badan sengal-sengal tahap gaban...nape la cuti raya tak sebulan..hehehe

Amacam ngan raya korang??happening tak tahun nie?kopak tak sedekah budak-budak duit raya??hehehe...biasa la tu..adat orang Melayu...ntah ikut adat mana ntah bagi-bagi duit raya nie..kikiki..tapi takpela..sedekah kan...janji hati mesti IKHLAS...ingat satu jer...kite bagi SATU..ALLAH balas kita 10x ganda...haaaa..sape tak nak kan??

Wahhhh...dah macam ustazah Jamilah lak aku ni..kekeke..takpela..share ilmu pe salahnye kan..bagi aku pulak raya tahun ni sama je macam raya aku tahun-tahun lepas..tiap2 tahun raya adelah menyeronokkan sebab aku akan beraya dengan keluarga tercinte..kitorang mmg takde sambut raya beria-ria..ala kadar jer..janji pagi raya tu ade ramai-ramai and makan sama-sama..itu pon dah sangat meng"happy"kan..macam biasela bile raya jer makanan wajib mak aku masak mesti LONTONG special..gile ahh memang special...tak caye ce tengok..

menyelerakan betul sambal tu..

Untuk aku special la kan sebab air tangan mak tersayang yang masak...tapi memang tiap-tiap kali raya rumah aku akan diserbu dulu selepas sesi baca Yassin kat kubur utk ahli keluarga kami yang dah tiada...then abahakan invite sume sedara mara sepupu sepapat datang beraya rumah kitorang dulu..macam biase la..bile dah aku antara yang paling dewasa kat umah tu,selepas mak aku,aku adelah mastermind yang akan membuat kerja penting and juge mengarahkan adik-adik utk buat kerja penghidangan kepada para tetamu..budak-budak tu kalo tak berpantau tak bersuruh jangan harapla nak buat kerja...dek kerana sibuk je melayan tetamu kami memang tak dan nak bergambar ke ape...tapi takpe..as long as kitorang happy dah memadai..cume ade la sikit2 gambar candid..
Aku yang rajin
minah ni bajet super-bz
dengan adik-adik

Ape-ape pon raya tahun ni memang sangat seronok sebabnye sume balik beraya...along,abg marul,icha (icha pon bakal dapat adik),nan,diana,daniel..hehehe..tapi adekah next year aku dapat beraya 1st kat Teluk Intan lagi??ohhh..tidak...aku tak mau pikir mende tu lagi..hahahahahahaha...harap-harap tunang tesayang boleh consider nanti..kekeke...next step and strategy after raya ni adelah fokus on my wedding preparation..InsyaAllah...kumpul duit bebanyak..jangan nak membazir sangat..hehehe..tolong2 tunang tersayang tu buat saving and berjimat..kekekeke...banyak mende nak pikir ni..hurmmmm...@__@


Sekian,Bubbye