Iklan ini hebat!!!

Monday, September 26, 2011

Gelak-gelak pagi Isnin dengan FAKTA sohih

Assalamualaikum...

Hari ni hari Isnin...pagi-pagi lagi bukak mailbox baca email officemate..then ketawa sorang-sorang cam jibaok..lawak bengong tak berinformasi ni maybe korang dah penah baca..tapi aku saje je nak share jugak...hehehehe..nak tau nape aku gelak..jom gelak sesama..


FAKTA 

1. Tahukah anda apabila 350ml air
yang diambil dari sinki dan
kemudiannya dituangkan ke dalam
cerek yang mengandungi 150ml air
suling dan dibiarkan terdedah kepada
nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair
yang dinamakan air masak. 

2. Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter.
Ini kerana kajian telah dibuat, seorang
pembina helikopter memerlukan air
sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut
tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40 km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa
Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak
paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

5. Tahukah Anda bendera negara
Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan
bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama
daripada penggunaan susu cap bendera. 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis
logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana
namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-
butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang
yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet. 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan
ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari
yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan
ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi
atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori
lagi. 

8. Tahukan anda bahawa seorang
manusia normal tidak boleh
menyentuh telinganya sendiri
menggunakan siku. 

9. Tahukah Anda burung dapat
pulang ke sarangnya walaupun telah
keluar kadangkala hingga beribu
kilometer daripada sarangnya tanpa
sesat atau silap walaupun tanpa
bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya
yang tersendiri sebenarnya. 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi,
walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar. 

11. Tahukah Anda gunung berapi
yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk
meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api
elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak
membayar bilnya selama tiga bulan. 

12. Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat,
kedudukan dan harta dunia ialah
Orang Utan. 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh
dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,
perut kita
akan mengalami satu tindakbalas
yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh
digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita
bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita. 

14. Dan tahukah anda bahawa hampir
kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga
menggunakan siku. hehehehehhehehehehe
eh....... ....Sentuh la telinga kurang
ngan siku sampai ia kena.......Tak
normal la korang maknanya..


hahaha..lawak kan???tak lawak pon gelak jerla..huheeee


Sekian,Bubbye.............

2 comments:

Komen membina