Assalamualaikum ...
Korang perasan tak semenjak dua menjak nie cuaca bukan main panas lagi..adoyaiii....tapi jangan risau sebab cuaca panas nie insyaALLAH bersifat sementara sahaja....maybe dalam seminggu atau kurang kita akan berjumpa kembali dengan hujan..~panas merungut.hujan pon merungut..xpenah bersyukur
Panas lain macam jer..sampai bila aku mandi pepagi pon aku dah tak keluar dari bilik air dalam keadaan menggeletar...hehehe..komaen suam air takungan kat bilik air tu..syok je plak kan mandi air suam suam kuku tuh...dek kerana panas melampau tu..aku tak terkecuali dari terkena tempias penyakit di kala musim panas...sakit kepala..sakit tekak...selesema lagi..adoyaiii...pendek kata sapa yang kurang minum air ,kurang mandi....insyaALLAH la akan terjebak ngan sakit tersebut...~nampak sgt aku jenih malas mandi..kikiki..
Ok..berbalik kepada cuaca panas tadi...sedikit research telah aku lakukan..kalau korang nak tahu..kepanasan luar biasa ni telah mencapai tahap 35 hingga 36 darjah celcius...~haaaa..panas kan?huhu..Tapi jangan risau sebab ianya bakal ber akhir tak lama lagi insyaALLAH...Mengikut kajian dari Jurucakap Jabatan Meteorologi.kepanasan ini adalah disebabkan oleh Ribut Tropika Aere dikesan berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya ke negara ini...~wahwahwah...mcm pakar kaji cuaca lak aku
Lagi fakta dari sumber yang boleh dipercayai :
“Ia disebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering,” katanya di sini, semalam.
Malaysia pernah mencatat suhu 38.3 darjah Celsius di Alor Star, Kedah pada Februari 2005 dan tertinggi sehingga 40.1 darjah Celsius di Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Monsun barat daya yang membawa cuaca kering lazimnya berterusan sehingga September.
Dalam pada itu, Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong, dipetik BERNAMA berkata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
Sementara itu, pengamal perubatan, Dr K Venkateswara Rao, berkata berikutan keadaan suhu mencecah sehingga 36 darjah Celcius, orang ramai bukan saja harus mengurangkan aktiviti luar malah perlu mengamalkan corak pemakanan seimbang. “Individu perlu minum air secukupnya dan elak makan makanan pedas serta banyakkan pengambilan sayur,” katanya. -BH
Haaaa.begitu lah serba sedikit fakta sohih yang dapat ku temui...so....no worries kay...sume nyer bakal berakhir tak lama lagi...:tapi bukan panas mana pon sampai nak merungut..elok gak cuaca panas macam ni..kering sumer baju aku bile di jemur..hehehe...kalo letak kat luar dalam baldi pon still die kering..wakakakakka..~pemalas ko yer milah
Yang sebenar nya aku menulis entry ini dalam keadaan sakit kepala, terbatuk kungkangkang and hidung mancung yang tersumbat....hehehe...nak menunjukkan aku adelah salah seorang mangsa dari tragedi musim panas ni..takpela,..seperti yang aku post di FACEBOOK aku pagi tadi..."SAKIT ITU ADALAH KIFARAH DOSA"...so, nak merungut watpe..at least terhapus la jugak dosa-dosa kecik aku tu dengan redha dan sabar nya aku menanggung sakit aku ni..:-p....
Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).
No comments:
Post a Comment
Komen membina