Jom tengok sinopsis novel JS ni pulak..
Tajuk : Baju Melayu Hijau Serindit
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)RM22.00 (Sabah/Sarawak)Sinopsis :
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.~ I ~Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”~ II ~Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”“You dapat jadi boyfriend I.”Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
No comments:
Post a Comment
Komen membina