Iklan ini hebat!!!

Tuesday, October 4, 2011

Kasihani diri ku.............

Assalamualaikum...

Tajuk entry macam nak kesian² je kan..tapi bukan aku nak meng"kesian" kan diri aku..tapi kesian sangat kat orang keliling aku...bukan semua...

Ini cume bab SOLAT sahaja...SOLAT ok....highlite sket...hehehe...actually aku baru je mule bekerja kat company baru ni July hari tu..so..seronok la jugak mula-mula...then memang ada colleague yang aku kenal lama dah..so tak bape nak kekok bile start masuk office baru...tapi...yeeee..ade tapi disitu....ade segelintir masyarakat Melayu disini..yakni ISLAM ye kawan²....aku tengok macam TAK PERNAH pon nak SOLAT masa kat office..apekah????dah kate memang se office kan..for sure la aku nampak ape diorang buat dari pagi sampai ke petang....yang best nye pulak tu..mereka adelah dari golongan bapak² orang..errr~~rasenye dah jadi ATOK orang pon ade....sedih dan kesian pulak aku tengok....tak tergerak ke hati tu nak pegi solat kan..aku dengan ini mengakui sejujur dan seikhlas hati..walopon ko tu dah tua,dah memang pangkat tinggi² tapi bile aku tengok kau tak solat..terus hilang rase RESPECT aku kat kau..maaf la yer..tambah² kalau kau adelah LELAKI..pulak tu dah beranak pinak...macam mane la kau nak ajar anak cucu kau kalo ko pon tak solat...bak kate oang tua²..rumah kate pergi , kubur kate mari..

Kadang-kadang berbulu gak mata aku tengok makhluk² Allah  ni dok melepek tak reti² nak solat...maybe ni adelah fenomena biasa kite tengok sekarang..walaupon kite tahu solat tu WAJIB...asyik sangat mengejar hal-hal duniawi...tapi tak dinafikan...bukan semua staff kat sini tak SOLAT..yang solat tu aku respect la...even busy² banyak kerja nak buat...ade gak masa diluangkan untuk tunaikan solat....pernah gak kawan office aku dulu kate.."susah la sekarang milah kalau ko nak cari lelaki yang jaga solat.."..huhuhu..susah....susah..susah..maybe susah kot nak cari yang jaga solat 5 waktu...maybe diorang culas sahaja....takat ingat...diorang solat la..kalau macam dah terlepas tu..buat² lupe jela ye dak...kekekekekeke...

Ape² pon aku ni bukan lah perfect sangat nak sound² orang suke² hati...just nak share realiti dalam kehidupan kite masa kini..cewahhhh..hehehe...untuk itu..aku nak share beberapa Hadis pasal SOLAT...



  • Hadith :

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”


( Bukhari )


  • Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”

Riwayat al-Bukhari


Huraian
1. Solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
2. Solat merupakan tiang agama.Oleh itu sesiapa yang mengerjakannya bermakna ia telah menegakkan agamanya. Manakala orang yang meninggalkannya bermakna ia telah meruntuhkan agamanya.
3. Bagi orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja hukumnya adalah fasik dan telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
4. Sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam bahawa solat wajib mesti dilakukan dalam apa keadaan sekalipun, maka solat wajib yang ditinggalkan dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan sebagaimana resminya setiap hutang itu wajib dibayar. Maka apabila sedar tentang kesilapan masa lalu, seorang muslim itu hendaklah segera bertaubat dan mengqadha’ solatnya yang tertinggal itu.


Info : Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Renung-renungkan dan selamat beramal.....

Sekian,Bubbye....

1 comment:

Komen membina