Iklan ini hebat!!!

Friday, August 19, 2011

20 August 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432

Assalamualaikum semua..

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

Perkataan pertama aku nak sebut sebab sampai hari ini, yakni 19 Ogos 2011 @ 19 Ramadhan 1432 aku masih lagi diberi peluang hidup dan bernafas di bumi Allah ni..insyaAllah panjang umur sempat la aku merasa berumur 27 tahun esok...hehehe..tua dah kau milah

Dengan along-umur lebih kurang setahun

dengan along,inda n opah ngah
Walaupon aku tak bape nak ingat bila kalanya gambar ni diambil tapi aku rasa zaman kanak kanak adelah yang sangat seronok...huhu..seronok sangat hidup berlayan dengan mak abah yang tak jemu2 melayan anak-anak...yang bergaduh,yang mengada-ngada,yang nak lari rumah(even baru 4 tahun dah pandai nak lari rumah),yang nak terjun tingkap sebab takmo makan obat..macam2 la hal lagi...sampai umur aku 27 tahun ni pon aku rase takkan boleh aku nak balas jasa deorang...

Yang paling2 utama adelah ketika masa kecik aku sakit (asthma)..tak tidor lena la mak dan abah bila aku semput malam..abah la bangun malam-malam urut dada..urut belakang supaya aku boleh tido nyenyak..sedih plak bile teringat moment tu...kalau tak abah mak pon akan jaga aku..abah cikgu..so,mak kat umah jaga la aku....setiap minggu abah tak jemu jemu bawak aku gi check-up and appointment kat hospital buat therapy..

Dan sekarang..aku dah 27 tahun..insyaAllah esok..aku sekarang dah boleh jaga diri...and sihat alhamdulillah..persoalannya sekarang..dapat tak aku menjaga mak abah aku andaikata satu hari nanti diorang jatuh sakit??bangun malam2 kalo mak or abah nak air,nak buang air ke??boleh ke??insyaAllah..janji aku pada diri sendiri dan pada Allah aku akan sedaya upaya menjaga diorang sampai akhir hayat aku..

Ape yang sebenarnya aku nak coret kan kat sini...aku bersyukur sangat sebab dapat peluang hidup dan mempunyai keluarga,kawan dan sedara mara sekarang...walaupon aku bukan datang dari keluarga kaya raya tapi alhamdulillah abah dan mak sedaya upaya bagi kitorang hidup selesa tak penah kurang apa-apa..tapi biasala hidup manusia..tak semuanya manis..tapi kitorang sekeluarga dapat atasi semua tu dengan sabar...

Untuk keluarga dan kawan kawan sesungguhnye aku happy and bangga  mempunyai korang menghiasi hari hari dalam hidup aku...mana mana aku pernah buat salah,mengguris hati, ke apa harap jgn simpan dalam hati..itulah yang dikatakan pelangi dan warna warni kehidupan..ada masam manis pahit kelat untuk dikenang dan sebagai pengajran dalam hidup..hehe..aku hanyalah manusia biasa..SELALU buat silap..bukan je dengan manusia, dengan Allah juga..tp sedaya upaya aku cuba ubah dan jauhi semua tu...akhir kata aku sayang kamu semua...






* Saje je nak tunjuk banyak2 gambar aku ngn mak abah..hehe*


No comments:

Post a Comment

Komen membina